Ini adalah sebuah entri promo.




Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.

Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar Wordpress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Universiti Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:

Seminar Wordpress


Tempat : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
Tarikh : 14 - 15 April 2012
Masa : 9 Pagi – 6 Petang


Yuran


a) RM 250 (Jika mendaftar sebelum atau pada 5 April 2012)
b) RM 350 (Mendaftar pada 6 April 2012 – 12 April 2012)

Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
 - Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
- Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
- Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
- Sebuah domain dan hosting selama setahun
- Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
- Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
- Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
- Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
- Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.


Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang Wordpress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke Wordpress atau mereka yang sudah mempunyai blog Wordpress dan ingin mendalami Wordpress.

Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh lakukan pembayaran ke akaun berikut:

CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)

Setelah melakukan pembayaran, sila emailkan kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com

- Nama
- No Telefon
- Email
- Bukti pembayaran
- 3 Nama pilihan domain

Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT  dan berhenti di  Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya.  Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:

Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama kami?

*P/s: Aku pergi kot. xD*

[ Read More ]

[ Read More ]

Tahukah anda perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.

Jadi, persoalannya, sekiranya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?

Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN. Dengan adanya kedua ini, bukan sahaja perniagaan akan menguntungkan dari segi pulangan wang, tetapi juga dari segi kepuasan diri sendiri.

MINAT

Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.

Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati. Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.

PERMINTAAN

MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan. Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?

Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.

Oleh itu, equationnya adalah;

MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Pastikan anda memiliki kedua-duanya!

P.s: Entri ini merupakan sedikit sedutan daripada artikel asal yang ditulis oleh Irfan Khairi

[ Read More ]

Pada suatu petang yang cerah, gua berhajat nak ke pantai, saja-saja untuk menikmati ombak yang beralun-alun tu. Tapi gua malas nak bawak kereta. Tiba-tiba muncul idea yang sangat hebat dalam kepala gua. Apa kata gua bermimpi je ke pantai. Kan senang. Minyak pun jimat.

Dang! Gua pun tidur la pada petang yang indah itu. Dan tidak semena-mena gua bermimpi gua sedang memandu kereta ke pantai yang berdekatan dengan rumah gua itu.

*Dalam mimpi*

Sedang gua memandu dengan penuh berhemah, tiba-tiba ada sekatan jalan raya dihadapan. Disaat itu juga gua tiba-tiba terfikir, jadah apakah roadblock dekat pantai ni? Macam haroommm. Takde tempat lain ke nak buat roadblock? Buat la dekat jalan besar ke, jalan utama ke, jalan raya ke, ini jalan ke pantai jugak dia nak buat. Demmmm...

Ada lebih kurang 5-6 buah kereta jugak kat depan gua ni. Semuanya berlalu melepasi sekatan tersebut dengan lancar. Tiba-tiba time gua nak lalu, gua nampak pak gad yang jaga sekatan tu melambai-lambai. Demmm, nak tahan gua la tuh... puiii.

Gua pun berhenti dan cuba untuk meng-hensem-kan diri. Kemudian tingkap sebelah gua diturunkan.

"Kenapa lambat turun kan tingkap? Nak kena suruh dulu baru nak buat?" kata pakcik yang muka beliau ala-ala lecturer aku dulu, MNI. (hehehe)

Dem. Lambat buka tingkap pun dah kena marah? Jilaka betul pakcik ni. Tak pernah-pernah aku kena sound-sound macam mak-nenek-moyang-tok-nyai macam ni dengan orang yang buat sekatan. Dulu depan UTP punya la banyak roadblock, takde pulak marah-marah aku. Fak.MY betul.

"Minta lesen. Ni dah habis belajar? Dah keje? Lain kali jangan buat lagi. Blablablablabla..."

uiiii..

Gua pun mem-blah-kan diri gua dari situ. Demit. Tak mesra alam langsung bagi aku. Petang-petang yang cerah macam ni kena marah-marah. Macam jilaka betul.

"Oi, basuh kete. Nanti mak bagi upah."

*Mimpi tamat*

Tiba-tiba dengar suara mak gua. Ces, mak gua tau-tau aje. Tak sempat gua mimpi sampai pantai lagi dah jaga. Gua pun pergi la basuh kereta. Tapi bukan kereta mak gua, kereta VIVA yang selalu gua bawak tu la. hehehe.

Fufufufufufufufufu....

P.s: Entri ini tiada kaitan antara yang masih hidup, yang pengsan, yang hilang, yang pisyek, mahupun yang telah meninggal dunia.

Gambar dari blog munzir

[ Read More ]

Aku tengah layan lagu baru ni. Baru layan. Kah kah kah. Macam best. Sesuai dengan jiwa Kpop aku nih. LOLcopter :P

infinite be mine pisyek

Lirik Infinite - Be Mine

jikyeobwa wat janha ni sarangeul gin ibyeoreul
neul sangcheo badeul ba en nan ge na, ah
kkok baro bwa, uneunge shilheoseo geurae
apeunge himdeureo geurae, geureon neol bolttae mada

naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? naega neol geokjeonghae, eo?
naega neol kkeut kkaji, chaekim jil ge
naekkeo haja, niga nal aljanha, eo? niga nal bwat janha, eo?
naega neol kkeut kkaji, jikyeo julge

Do you hear me… Do you hear me… oh

jeojeun gieok bakhin nungil kkeut nae
pumeseo jukkil barae
jallin maeumi heullin nunmul samki neun geon
naji magi deullin neora do gamchu neun na

neom chinda saenggakhae neon na ege neul geuraesseo
ni sangcheo ga neul surok keoji neun mam
naegero wa, utneunge johaseo geurae
pyeon hage haejuryeo geurae, jeogeo do namaneun neol

naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? naega neol geokjeonghae, eo?
naege neol kkeut kkaji, chaekim jil ge

gati gaja, himdeun gil geod jima, eo? shwibji anhat janha, eo?
dashi neun geureon neol, bogi shilheo (Oh)
naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? naega neol geokjeonghae, eo?
naega neol kkeut kkaji, chaekim jil ge

da tujin anheul kka, sangcheo tto aneul kka
kkeunhim eobtneun apeun gori e
hangsang sori eobtneun jeonjaeng neon murihae
geokjeong ye bang paero nan ni ape
naneun dal cheoreom ni juwil dolgo dora
buri keojyeo beorin ni sarangeun nohgo nalbwa
gipi paeyo beorin sangcheo, deopeo julge
utge, halge, naegeollo mandeulge

Sumber lirik: SnsdLyrics

P.s: Ha, kamu. Kamu la. Please be mineeee~~ LOL. :P

[ Read More ]

1 Januari yang lepas, aku dapat lebih kurang 48++ ucapan hari jadi. Hehehe. Terima kasih korang. Ni sayang korang lebih. Hahaha.

Bawah ni sedikit screenshot dari facebook aku. Yang kat twitter, ada sorang je yang wish. @Jackiekoh. Malas la nak buat screenshot. Keh keh keh.



Terima kasih sekali lagi korang. Hepy sangat. Keh keh keh. xD
[ Read More ]



Our Sponsors